Cari Blog Ini

Rabu, 27 Mei 2009

Selamat Hari Guru

Pada 18 Mei 2009, SK Ulu Yam Bharu telah mengadakan Sambutan Hari Guru. Acara di jalankan di dalam dewan kelas Tahun Enam.

Prasekolah Ceria telah mengambil bahagian persembahan iaitu pertunjukkan pakaian beragam...hmm bila dalam kelas murid-murid pandai bergaya tetapi bila dalam dewan, malu-malu pula nak bergaya.

Apa pun mereka dapat tepukan gemuruh daripada guru-guru dan murid-murid lain. Saya pun turut mengambil bahagian iaitu menyanyi diiringi petikan gitar oleh cikgu muzik, En. Zuhaimi b. Jasa. lagu Biarku menjadi lilin..sesuai bagi seorang guru. barisan pentadbir skuyb dari kiri, En. Shamsul Antara sebahagian murid yang hadir.
(Pengerusi K.G), En. Adanan (GPK.Ko-Ko)
Pn. Halimah (G.B. SKUYB), Pn. Rosmawati
(GPK. 1) dan Pn. Suriati (GPK. HEM)

Khamis, 14 Mei 2009

Ceramah Kebersihan Gigi

Pada hari ini, Jam 9.00 pg, seorang jururawat dari Klinik Pergigian Ulu Yam Bharu telah memberi ceramah kesihatan mengenai kebersihan gigi kepada murid-murid Prasekolah Ceria SKUYB. Beliau bernama Pn. Rosmawati telah menerangkan cara-cara membersihkan gigi yang betul. Murid amat berminat mendengar ceramah ditambah pula dapat diberi peluang untuk memberus gigi contoh sebagai alat bantu mengajar. Pendekatan ini diharap dapat mengubah persepsi kanak-kanak yang takut berjumpa dengan doktor gigi kelak.
Pn.Rosmawati sedang memberi ceramah kebersihan gigi



Seorang murid mencuba memberus model gigi mengikut arahan Pn. Rosmawati


Murid-murid sedang memerhatikan rakan mereka memberus model gigi


Rabu, 13 Mei 2009

Mesyuarat Latihan Sukan Prasekolah

Assalamualaikum..hmm baru saja saya terlibat dengan Kursus Pentaksiran, saya telah dipanggil bermesyuarat untuk latihan sukan Prasekolah peringkat Negeri. Saya tak sangka seorang anak murid saya iaitu Muhammad Haziq Izzuddin b. Maskuri telah berjaya menjadi johan lari terus 50 meter Daerah Hulu Selangor dan beliau akan terpilih akan ke peringkat Negeri di Sepang pada 22 dan 23 Mei 2009.


Oleh itu latihan pusat akan dijalankan pada 19 dan 20 Mei 2009 di Stadium Proton City, Tanjung Malim. Seramai 42 orang murid dan 10 orang guru akan membuat persiapan yang rapi untuk menjayakan kejohanan sukan Prasekolah peringkat negeri Selangor. Pada tahun lalu, kami mendapat tempat kelima dalam perbarisan dan ke enam dalam acara sukan keseluruhannya. Mudah-mudahan pada tahun ini diharap prestasi kami akan terus meningkat. Hidup Prasekolah Hulu Selangor !


beberapa orang guru prasekolah daerah hulu selangor terlibat dengan mesyuarat latihan sukan bersama PPD En. Zaki (baju kuning)


Khamis, 7 Mei 2009

Kursus Pentaksiran Prasekolah

Pada 3 hingga 6 Mei 2009 Prasekolah SK. Ulu Yam Bharu terpilih menjadi sekolah perintis pentaksiran sekolah yang pertama bagi negeri selangor dalam 42 sekolah yang terlibat. Kursus tersebut telah di jalankan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.


Pelbagai maklumat yang telah diberi demi mencapai hasrat kementerian Pelajaran menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Seramai enam orang guru iaitu Guru Besar (Pn. Halimah bt Moosa), GPK HEM (Pn. Suriati bt Arshad) dua guru Tahun Satu (Pn. Azilen dan Pn. Yusnira) Guru Kaunseling (Cik A'ziah) dan saya selaku Guru Prasekolah.


Kursus tersebut dilaksanakan di Hotel Federal, Jalan Bukit Bintang,

(duduk dari kiri, GB Pn. Halimah, GPK HEM Pn. Suriati, GTHN1 Pn. Yusnira, Pn. Azilen, GK Cik A'ziah) sedang mendengar taklimat kursus di Federal Hotel.