Cari Blog Ini

Khamis, 6 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.. Maaf, kerana sudah setahun tidak mengaktifkan blog ini..Broaband saya ada masalah..lajunya tak seberapanya. Guna ke tak guna ke kena bayar juga. Akhirnya saya membuat keputusan untuk berhenti seketika...
Hmm ingat sekejap saja tetapi saya rasa dah bercintanya (maksudnya malasnya) nak teruskan menulis blog ini..tapi
tak mengapalah..untuk tahun ini marilah kita mulakan kehidupan yang baru...
Oleh itu di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih bagi yang mengikuti blog prasekolah ceria dan saya ingin meminta maaf kepada sesiapa jua yang membaca blog ini sekiranya saya ada melakukan kesalahan dan kesilapan maka maafkanlah.
Oklah..itu sahaja setakat ini. Tolong doakan agar saya rajin dan bersemangat untuk meneruskan blog prasekolah ini. Pada 2 Januari saya dah berumur 29 tahun..hmm dalam kemeriahan sambut tahun baru, tapi saya sedih sedikit dengan hari jadi saya kerana lagi setahun lagi kalau diizinkan Tuhan saya akan berumur 30 pula! hehehe..Selamat tahun 2011 kepada semua. sekian, wassalam.

Khamis, 11 Mac 2010

Selasa, 28 Julai 2009

Pertandingan Bola Tampar Mini

Pada 22 Julai 2009 SKUYB telah menghantar dua pasukan bola tampar untuk pertandingan bola tampar mini bawah 10 tahun peringkat Daerah Hulu Selangor.Terdapat 9 kumpulan iaitu kumpulan lelaki ada 5 kumpulan dan kumpulan perempuan ada 4 kumpulan sahaja. Keputusannya bagi perempuan Skuyb mendapat naib johan dan Lelaki menjadi Johan. Diucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu fakaruddin melatih mereka kerana saya tida dapat melatih disebabkan untuk menumpukan perhatian pada murid prasekolah tambahan pula mempunyai bayi baru berusia lapan bulan..Diucapkan tahniah kepada ustaz mohd najib yang mempertahankan kejuaraan bola tampar bagi kategori lelaki. Berikut Keputusan Ketiga tertinggi bagi kedua-dua kategori :- Pasukan Lelaki-Johan : SK. Ulu Yam Bharu
Naib Johan : Sk. Bukit Beruntung
Ketiga : Sk. Taman Bunga Raya (1)


Pasukan perempuan- Johan : Sk. TMN. Bunga Raya (1)
Naib Johan : SK. Ulu Yam Bharu
Ketiga : Sk. Bukit Beruntung

berikutnya beberapa gambar sepanjang aktiviti berlangsung:-....
penulis bergambar bersama jawatankuasa urusetia bola tampar iaitu Yunaizah dan Julia
Cikgu Fakaruddin sedang menyusun strategi bagi permainan bola tampar



Inilah pasukan bola tampar SKUYB perempuan bersama jurulatih : En. Fakaruddin

Perlawanan akhir bola tampar antara SKUYB (baju oren) VS SKBB (baju biru).
SKUYB menang mata 2-0



Pn. Halimah bt Moosa (GB Sk. Ulu Yam Bharu) menyampaikan hadiah tempat ketiga kategori perempuan-Sk. Bukit Beruntung.





Cikgu Abdul Mutallib sedang menulis keputusan akhir permainan bola tampar sambil diperhatikan oleh pengadil pertandingan





Semua peserta berkumpul menanti pengumuman keputusan perlawanan bola tampar mini bawah 10 tahun Daerah Hulu Selangor.





Naib Johan Kategori Perempuan: SK. Ulu Yam Bharu



Nurin anak cikgu mutalib turut mengambil bahagian. Hmm sesuai dengan kata pepatah : Kemana kuah nak tumpah kalau tak ke nasi.

Johan Kategori Perempuan : Sk. Taman Bunga Raya (1)


Naib JOhan
kategori Lelaki : Sk.Bukit Beruntung
Tempat Ketiga Kategori Lelaki : Sk. Tmn. Bunga Raya (1)



Johan Kategori Lelaki: SK. Ulu Yam Bharu

Inilah pemain lelaki yang akan mewakili daerah ke peringkat negeri Selangor.


Inilah cikgu yang merangkap jurulatih dan pengadil bola tampar mini bawah 10 tahun.
Dari kiri Pn. Aina, Pn. Intan dan En. Misel Khan


Inilah pemain perempuan yang akan mewakili daerah ke peringkat negeri Selangor.
Pasukan SK. Ulu Yam Bharu (guru lelaki dari kiri :En. Abdul Mutalib(Pengurus teknik bola tampar Daerah Hulu Selangor dan penolong jurulatih murid lelaki), En.Fakaruddin(Jurulatih murid perempuan), En. Adanan (GPK KO-KO), dan Ustaz Mohd Najib (Jurulatih murid lelaki)
manakala guru perempuan dari kiri : Cik Noryunaizah (penolong jurulatih perempuan), Pn. Halimah bt Moosa ( Guru Besar SKUYB) dan Cik Julia ( jawatankuasa urusetia)
Pasukan Bola Tampar SK. Taman Bunga Raya (1)

















perkhemahan sekolah

Pada 18 julai sekolah telah mengadakan perkhemahan unit uniform bagi murid tahun 4, 5 dan 6. bertempat di Siti Khadijah Camp Resort Hulu Tamu, Batang Kali selama 3 hari 2 malam.. Beberapa aktiviti telah di jalankan antaranya, pecah bendung (ice breaking), jungkle tracking, redah sungai, ikhtiar hidup (memasak) malam kebudayaan dan flying fox..Ternyata walaupun telah dua kali sekolah berkhemah di situ namun murid-murid yang menyertainya sangat berasa seronok sepanjang aktiviti yang dilakukan... Berikut antara gambar perkhemahan ...


ah ha.. berdebarnya rasa nak main flying fox!
Cikgu!..kami seronok sangat. Marila mandi sekali..piss!
Lepas murid cuba cikgu pun nak cuba juga..best woo!


sambil mandi kami murid perempuan nak bina menara batu lawan murid lelaki..sapa yang lebih tinggi!..








Selasa, 7 Julai 2009

pertandingan tabikarama

Pada 4 Julai 2009, Prasekolah Ceria telah terlibat dengan pertandingan tabikarama iaitu acara nyanyian dan gerakan. Pertandingan ini di anjurkan oleh Perpustakaan Awam Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu.
Seramai 8 perserta dari pelbagai tadika dan prasekolah yang mengambil bahagian. Inilah kali pertama murid-murid prasekolah saya beraksi di luar sekolah. Mereka menyanyi dengan bersungguh-sunguh. Namun sayangnya lagu tidak kedengaran kerana saya merakam lagu di telifon bimbit sahaja.
Walaupun begitu mereka mendapat tepukan yang gemuruh setelah selesai..pasukan prasekolah ceria tidak mendapat tempat dalam tiga yang tertinggi. Namun saya sangat gembira dengan semangat murid-murid saya. Saya yakin jika ada peluang sekali lagi mereka pasti akan
berjaya kelak.

En. zaki mohd yusuf dan isteri bersama sahabatnya menjadi pengadil pertandingan tersebut

Murid prasekolah ceria - berdiri dari kiri Faiz, Aina, Saiful dan Zahin.
duduk dari kiri Nuraisyah, Natallysa,Wahida,Shamimi,Shahila dan Syafiqah.
hmm..tak berapa jelas gambar saya nie
Murid-murid saya ni bila menyanyi memang semangat tapi bila bergambar malu-malu pula..

Rabu, 24 Jun 2009

Mesyuarat sekolah

Pada 24.6.2009, sekolah telah mengadakan mesyuarat guru. Terdapat beberapa maklumat penting bagi para guru untuk meningkatkan kemajuan akademik dan sukan sekolah.

Antara perkara yang berbangkit ialah, lokasi perkemahan pada tahun ini iaitu di Sg. Tua telah dibatalkan dan di ganti dengan kawasan sekitar sekolah sahaja. Terdapat perkhemahan Unit Uniform Pengakap peringkat Daerah akan berada di sekolah pada 3,4, dan 5 Julai 2009.

Seterusnya pembayaran yuran sekolah akan dilaksanakan pada 27.6.2009 hari Sabtu. Saya turut membantu guru Tahun Satu untuk memudahkan guru Tahun Satu mengutip yuran.

Kemudian pengumuman bagi keputusan ujian KIA 2M kali kedua iaitu seramai 41 orang murid telah lulus daripada 82 orang murid.

Pn. Rosmawati sedang menyampaikan maklumat mesyuarat sambil diperhatikan oleh Guru Besar, Pn. Halimah.

Khamis, 18 Jun 2009

Mesyuarat Prasekolah Daerah Hulu Selangor

Pada 17 Mei, PPD Hulu Selangor, En. Zaki telah mengadakan mesyuarat Prasekolah untuk Karnival Pendidikan Prasekolah yang bakal berlangsung pada 19 Ogos 2009 peringkat Daerah dan 2 dan 3 Oktober pada peringkat Negeri.

Selain itu, terdapat Progam Membaca Di Perpustakaan Awam Kuala Kubu Bharu di mana Prasekolah Ceria SKUYB telah mengambil bahagian Nyanyian dan Gerakan pada 4 Julai 2009. Ini bermakna ada 2 minggu lagi untuk saya melatih anak murid. Saya berharap akan melatih mereka baik yang mungkin.

Seterusnya Sambutan Hari Lahir Guru Prasekolah pada bulan Mei dan Jun..Oh saya tak sangka En. Zaki menyambut hari lahir dalam bulan tersebut. Tahniah diucapkan.