Cari Blog Ini

Rabu, 24 Jun 2009

Mesyuarat sekolah

Pada 24.6.2009, sekolah telah mengadakan mesyuarat guru. Terdapat beberapa maklumat penting bagi para guru untuk meningkatkan kemajuan akademik dan sukan sekolah.

Antara perkara yang berbangkit ialah, lokasi perkemahan pada tahun ini iaitu di Sg. Tua telah dibatalkan dan di ganti dengan kawasan sekitar sekolah sahaja. Terdapat perkhemahan Unit Uniform Pengakap peringkat Daerah akan berada di sekolah pada 3,4, dan 5 Julai 2009.

Seterusnya pembayaran yuran sekolah akan dilaksanakan pada 27.6.2009 hari Sabtu. Saya turut membantu guru Tahun Satu untuk memudahkan guru Tahun Satu mengutip yuran.

Kemudian pengumuman bagi keputusan ujian KIA 2M kali kedua iaitu seramai 41 orang murid telah lulus daripada 82 orang murid.

Pn. Rosmawati sedang menyampaikan maklumat mesyuarat sambil diperhatikan oleh Guru Besar, Pn. Halimah.

Khamis, 18 Jun 2009

Mesyuarat Prasekolah Daerah Hulu Selangor

Pada 17 Mei, PPD Hulu Selangor, En. Zaki telah mengadakan mesyuarat Prasekolah untuk Karnival Pendidikan Prasekolah yang bakal berlangsung pada 19 Ogos 2009 peringkat Daerah dan 2 dan 3 Oktober pada peringkat Negeri.

Selain itu, terdapat Progam Membaca Di Perpustakaan Awam Kuala Kubu Bharu di mana Prasekolah Ceria SKUYB telah mengambil bahagian Nyanyian dan Gerakan pada 4 Julai 2009. Ini bermakna ada 2 minggu lagi untuk saya melatih anak murid. Saya berharap akan melatih mereka baik yang mungkin.

Seterusnya Sambutan Hari Lahir Guru Prasekolah pada bulan Mei dan Jun..Oh saya tak sangka En. Zaki menyambut hari lahir dalam bulan tersebut. Tahniah diucapkan.
































Isnin, 15 Jun 2009

Sukan Prasekolah Peringkat Negeri Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera..maaf dah lama tak update blog ini. maklumlah cuti sekolah.. jadi blog ini pun cuti sekali :)

Saya akan mengumumkan beberapa berita mengenai sukan prasekolah peringkat negeri Selangor di Sepang pada 22 dan 23 Mei 2009, Muhammad Haziq Izzudin telah terlibat dalam acara lari 50 meter dan acara lari berganti campuran lelaki /perempuan 4 x 25 meter.

Keputusannya Haziq mendapat tempat ketiga dalam acara 4x 25 meter campuran. Manakala nasib tidak menyebelahinya dalam acara lari terus 50 meter. Beliau mendapat tempat kelapan.

Walaubagaimanapun saya merasa cukup bertuah kerana inilah kali pertama prasekolah dibawah bimbingan saya melepasi peringkat saringan. Tahniah diucapkan kepada Haziq.

Secara keseluruhannya pula prasekolah daerah hulu Selangor mendapat 1 perak dan 3 gangsa daripada 12 acara yang telah dipertandingkan.

Saya berharap semoga tahun hadapan akan lebih berjaya lagi..insya Allah.
Muhammad Haziq Izzudin b. Maskuri . Pemenang pingat emas Lari 50 meter Daerah Hulu Selangor dan pingat gangsa acara Lari Berganti 25 meter Campuran L/P Negeri Selangor. Tahniah cikgu ucapkan..